![]() Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE. |
Tuesday, September 2, 2008
Nak Pizza Percuma??? Cuba Survey Ini...Anda Juga Akan Dapat Rm11 Untuk Setiap Survey Anda..!!!
Cara-Cara Rawatan Tradisional
2. Potong dibahagian atas betik muda ( Dekat tangkai)
3.Ambil getah betik muda dan sapukan di bahagian atas bonjolan ketuat.
3. Lakukan dua atau tiga kali sehari.
4. Dalam masa seminggu anda akan dapat lihat ianya semakin berkurangan dan sembuh.
Cara dijangkiti
Cara dijangkiti
seseorang itu boleh mendapat kuman Human Papiloma atau penyakit ketuat secara langsung daripada pesakit ketuat sendiri "direct contact" seperti tersentuh kulit normal dengan kulit yang dijangkiti. Ketuat juga boleh merebak dengan pengkongsian barangan peribadi dengan pesakit seperti pengunaan tuala. virus ini boleh merebak semasa melakukan seks yang merebak semasa melakukan seks
Organisma terlibat
Human_papilloma_virus atau Virus Warts. Virus ini muncul secara perseorangan atau dalam kelompok seperti struktur bunga kubis. Virus ini mempunyai banyak strains dan jenis. ketuat boleh membentuk kanser. Sekarang, para saintis masih mengkaji dan mendapati ada hubungan antara ketuat alat kelamin dan kanser servik. Tidak seperti Virus Herpes yang merebak melalui saraf, HPV selalunya tidak merebak(localized). HPV boleh mengubah struktur DNA tetapi tidak menunjukan tanda-tanda kanser. Oleh sebab itu, ramai masyarakat tidak mengendahkan tentang penyakit ini.
Ketuat berdasarkan lokasi
- Ketuat Biasa (common warts): merupakan ketuat yang selalu berlaku di tangan, buku lali, dan siku. ketuat ini selalunya kecil, bonjolan keras seperti kubah dan selalu kelabu seakan-akan cokelat warnanya. ketuat ini juga mempunyai permukaan yang kasar dan mempunyai bentuk seperti bunga kubis denagn didalamnya ada titik hitam
- Ketuat Kaki (plantar warts): biasanya ketuat ini dijumpai di tapak kaki. Biasanya kita akan dapati ketuat jenis ini beraneka bentuk keranaberat badan akan menolak ketuat kaki ini ke dalam badan. Tekanan ini akhirnya akan menimbulkan kesakitan terutama apabila beban tersebut meningkat, terutamanya dikawasan yang menerima beban yang berat seperti berjalan dan berlari..Lazimnya terdapat titik hitam pada permukaannya disebabkan pendarahan kecil. Pengunaan alas cecincin disekeliling ketuat mampu memberikan kelegaan sementara kepada pesakit tersebut.
- Ketuat Filifom (filiform warts): membentuk unjuran panjang seperti jari yang terjadi di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.Ketuat filiform merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang panjang seperti jari. Ketuat ini timbul pada bahagian sekeliling kelopak mata, muka dan leher
- Ketuat Periungual (periungual warts): berlaku di kalangan kebanyakan penggigit kuku dan pencabut kutikel (kulit pada pangkal kuku jari). Ia muncul di bawah dan sekeliling kuku.
- Ketuat Kelamin (genital warts): adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia merupakan ketumbuhan kulit yang berwarna merah jambu atau keperangan, tumbuh di atas kemaluan lelaki, bibir faraj, kawasan dubur dan kadangkala ia muncul di pangkal rahim (saluran berbentuk leher antara uterus dan faraj).Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim. Gejala yang mungkin timbul termasuklah pendarahan semasa pergerakan usus atau sakit ketika membuang air kecil. Ketuat boleh tumbuh secara sebji-sebiji atau berkelompok. Kadangkala kelompok ketuat terjadi di sekeliling sebiji ketuat besar.etuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadang-kala pada faraj wanita.
Gejala-gejala
ketuat tidak mempunyai gejala-gejala yang khusus seperti jangkitan virus yang lain. Antara gejala- gejalanya adalah
- kegatalan
- berdarah jika digores
- kadang-kadang bernanah
Rujuklah kepada doktor sekiranya
- anak kecil anda mempunyai ketuat seluruh badan
- kanak-kanak yang mempunyai ketuat dimuka, alat kelamin, atau dubur
boleh juga bertemu doktor jika kulit anda:
- kesakitan
- kemerahan
- berdarah
- bengkak
- bernanah
Diagnosis
Diagnosis selalunya bersandarkan kepada penemuan dari sejarah pesakit serta bentuk dan lokasi ketuat itu.
- Selalunya, bonjolan muncul dengan teknik yang dinamakan Acetowhitening. teknik ini melibatkan menyapu 5% acid acetik kepada bonjolan untuk 5-10 minit. Tempat yang terkena infeksi akan bertukar menjadi putih.
- pembesaran imej (colposcopy) menggunakan skop mungkin diperlukan untuk melihat bonjolan itu. Untuk perempuan, colposkop digunakan untuk melihat jika ada bonjolan dalam vagina dan atas servik.
- Pap smear perlu dibuat untuk mencari bukti infeksi oleh HPV dan cel yang abnormal atas servik
- Biopsi akan dilakukan jika bonjolan itu menunjukan keganjilan atau kembali berlaku selepas rawatan
- Test khas boleh juga dilakukan untuk mengesahkan infeksi oleh Human Papiloma virus
Ketuat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Jenis-jenis ketuat
Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts
Rawatan ketuat
Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.
Pengenalan
ketuat adalah penyakit yang selalu masyarakat mengambil sikap remeh apabila mereka dijangkitinya. Sebenarnya, ketuat ialah satu jangkitan virus iaitu Human Papiloma (HPV). Biasanya ketuat terjadi pada organ terbesar kita iaitu kulit. Tempat yang ramai dijangkiti oleh vius ini seperti tangan(jari), didalam mulut, kawasan dubur, kaki dan alat kelamin. virus ini akan menyebabkan sel menjadi rancak bermitosis dan membetuk ketulan seperti kanser.
Faktor penyumbang
- Umur
- semua peringkat umur. Biasanya kanak-kanak(12-16thn)
- masalah kurang daya tahan
- AIDS,HIV
- Pengambilan ubat yang melemahkan sistem pertahanan badan
- steroid
- kurang menjaga kebersihan







